Asas ilmu yang kami terima
Dari sekolah yang ku cinta
Penyuluh hidup sepanjang masa
Panduan hidup kita
Guru-guru yang mendidik kita
Hormat pada ibu dan bapa
Patuh kepada Rukunegara
Negara tercinta
Korus:
Ikrar janji kita
Belajar hingga jaya
Berjasa pada bangsa
Serta negara
Ibu-bapa dan guru semua
Ganding bahu bekerjasama
Supaya maju sekolah kita
SKPG 2...
Tuesday, July 28, 2009
SKPG 2... Kini...
Setelah 25 tahun berlalu, SK Pasir Gudang 2 masih lagi terus mendidik dan melahirkan anak-anak bangsa, hasil kerjasama barisan tenaga kerja yang gigih berkhidmat untuk negara.
Barisan tenaga kerja di SK Pasir Gudang 2, diketuai oleh Encik Md Sam Bin Ahmad selaku Guru Besar yang telah berkhidmat di sini sejak 16 April 2008.
Jumlah guru di SK Pasir Gudang 2 ialah seramai 35 orang, manakala jumlah staf ialah seramai 7 orang.
Barisan tenaga kerja SK Pasir Gudang 2...
Sehingga bulan Julai 2009, murid-murid di sekolah ini adalah seramai 442 orang.
Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) juga terdapat di sekolah ini dengan jumlah keseluruhan muridnya seramai 48 orang di dalam 6 kelas.
Kini murid-murid yang bersekolah di SK Pasir Gudang 2 tidaklah seramai dahulu. Ini kerana telah banyak sekolah yang didirikan hampir di setiap perumahan yang terdapat di daerah Pasir Gudang. Kebanyakan murid yang bersekolah di SK Pasir Gudang 2 ini tinggal di sekitar sekolah, seperti di perumahan Taman MMHE dan Perjiranan 10.
Semoga SK Pasir Gudang 2 terus gah dalam usaha melahirkan anak-anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang...
Sejarah Sekolah
Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 2 ini mula dibuka pada awal Bulan Januari 1984 dan telah dirasmikan pada 09 Mei 1999, oleh YB Dr Hj Latif Bin Hj Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa, Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Tujuan utama pembukaan sekolah ini ialah untuk menampung penambahan penduduk yang begitu ramai berhijrah ke Pasir Gudang ini, kerana terdapatnya peluang-peluang pekerjaan di kawasan limbungan Malaysian Shipyard and Engineering (M.S.E) - kini dikenali sebagai
Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE), di Lembaga Pelabuhan Johor dan perindustrian yang mula berkembang di kawasan ini.
Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE), di Lembaga Pelabuhan Johor dan perindustrian yang mula berkembang di kawasan ini.
Murid-murid sekolah ini adalah daripada sebahagian murid-murid Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 1. Kebanyakan bapa atau oenjaga murid-murid sekolah ini bekerja di limbungan M.S.E. Nama sekolah ini diambil sempena nama sebuah kampung asal di kawasan ini (Kampung Pasir Gudang), di mana mata pencarian utama penduduk-penduduk ketika itu adalah nelayan, dan di tapak kawasan kampung itulah didirikan limbungan kapal M.S.E yang menjadi kebanggaan negara. Penduduk kampung asal ini dipindahkan ke kawasan penempatan baru dan dinamakan Kampung Pasir Gudang Baru.
Sekian...
Subscribe to:
Posts (Atom)
