Saturday, August 1, 2009

LDP @ SKPG 2

Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang telah mengadakan kursus LDP bertempat di PKG Pasir Gudang. Tajuk kursus ialah 1. Membina item soalan menggunakan perisian Hot Potato dan membina blog. Kehadiran 38 orang. penceramah ialah Encik Halimi dari PKG Pasir Gudang.
Tinjauan rambangan didapati semua peserta memerlukan kursus lanjutan. Ini demi kepentingan P&P dan kemahiran individu.

Tuesday, July 28, 2009

Lirik Lagu Sekolah...

Asas ilmu yang kami terima
Dari sekolah yang ku cinta
Penyuluh hidup sepanjang masa
Panduan hidup kita

Guru-guru yang mendidik kita
Hormat pada ibu dan bapa
Patuh kepada Rukunegara
Negara tercinta

Korus:
Ikrar janji kita
Belajar hingga jaya
Berjasa pada bangsa
Serta negara

Ibu-bapa dan guru semua
Ganding bahu bekerjasama
Supaya maju sekolah kita
SKPG 2...

SKPG 2... Kini...

Setelah 25 tahun berlalu, SK Pasir Gudang 2 masih lagi terus mendidik dan melahirkan anak-anak bangsa, hasil kerjasama barisan tenaga kerja yang gigih berkhidmat untuk negara.

Barisan tenaga kerja di SK Pasir Gudang 2, diketuai oleh Encik Md Sam Bin Ahmad selaku Guru Besar yang telah berkhidmat di sini sejak 16 April 2008.
Jumlah guru di SK Pasir Gudang 2 ialah seramai 35 orang, manakala jumlah staf ialah seramai 7 orang.
Barisan tenaga kerja SK Pasir Gudang 2...
Sehingga bulan Julai 2009, murid-murid di sekolah ini adalah seramai 442 orang.
Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) juga terdapat di sekolah ini dengan jumlah keseluruhan muridnya seramai 48 orang di dalam 6 kelas.
Kini murid-murid yang bersekolah di SK Pasir Gudang 2 tidaklah seramai dahulu. Ini kerana telah banyak sekolah yang didirikan hampir di setiap perumahan yang terdapat di daerah Pasir Gudang. Kebanyakan murid yang bersekolah di SK Pasir Gudang 2 ini tinggal di sekitar sekolah, seperti di perumahan Taman MMHE dan Perjiranan 10.
Semoga SK Pasir Gudang 2 terus gah dalam usaha melahirkan anak-anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang...